Khamis, 31 Januari 2013

PART 2 : EXECUTIVE TALK BERSAMA PENULIS "KAFIRKAH AKU?" - CIKGU ZAINON ISMAIL (C.N AL-AFGHANI)

Sebelum Ambe dedah apa yang CN al-Afgahni ni cerita dalam Executive Talk dia pada 29 Januari yang lalu, mesti ramai kawan-kawan yang masih belum kenal lebih dekat siapa CN al-Afghani ni kan? dan apa hubung kait beliau dengan PAS, hubung kait beliau dengan TABUNG MANGSA MEMALI. dan yang paling eksklusif adalah apa hubung kait beliau dengan AMANAT HAJI HADI! Jom kita kenali dahulu serba ringkas siapa dia CN al-Afghani ini....

Cikgu Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama CN Al-Afghani

Nama sebenar beliau ialah Zainon Bin Ismail. Berhenti sebagai guru semata-mata untuk membantu perjuangan PAS. Pernah berjuang bersama dengan Mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988. Beliau merupakan ahli PAS seumur hidup dan pernah menjadi EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dari 1991 hingga 1997. Beliau suatu ketika dahulu sangat taksub dengan AMANAT HAJI HADI sehingga sanggup MENGKAFIRKAN saudara kandung sendiri!!

Pada tahun 2001 hingga 2006, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Pengalaman luas beliau sebagai bekas wartawan Harakah, membuatkan beliau banyak menulis buku-buku politik. Bukunya bertajuk Air Mata Di Bumi Memali keluaran November 2010 telah menimbulkan kontroversi hingga diharamkan dijual kepada ahli PAS. Beliau turut terpaksa membuat laporan polis kerana menerima ugutan bunuh atas pendedahan beliau dalam isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali ( Tabung yang ditubuhkan oleh PAS untuk membantu anak yatim dan balu mangsa Peristiwa Memali 1985).

Cerita tentang pendedahan CN Al-Afghani ni sudah bermula sejak tahun lepas lagi, tapi ambe masih nak ulang dan cerita lagi kepada kawan-kawan kerana bak kata Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA. Jadi teruslah mengikuti artikel akan datang untuk mengetahui pendedahan lanjut oleh CN Al-Afghani semasa Executive Talk beliau yang ambe hadiri sendiri.Berikut sedikit nukilan dari Buku beliau bertajuk KAFIRKAH AKU? :

Apabila saya membuat report polis berhubung penyelewengan Tabung Mangsa Memali, ramai orang-orang PAS menyerang saya. Kononnya saya cuba menjatuhkan maruah parti, sedangkan isu itu boleh selesai cara dalaman. Itu komen mereka, pada hal mereka ini tidak tahu, betapa saya cuba menyelesaikan isu ini secara jemaah. Bermula dari kawasan, negeri dan pusat. Bertahun masa yang saya ambil, tetapi yang menjadi dalangnya seorang yang berkuasa di kawasan, negeri dan sangat rapat dengan pimpinan pusat, terutama presiden ketika itu. Akibatnya saya DIPECAT dari PAS...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.