Selasa, 6 November 2012

IMBAS IMBAS!! STATEMENT 'BIJAK PANDAI' AJK KEBAJIKAN DEWAN ULAMA PAS PUSAT!!!

Saja nak mintak korang nilai sendiri respon seorang manusia bernama Haji Zulkifli Md Yakim tentang statement Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan perlunya mangsa banjir mendaftar borang SPRM bagi mengelakkan penipuan berlaku.

Kenyataan media berkenaan mangsa banjir yang perlu mendaftar dengan SPRM oleh Datuk Seri Mohamed Nazri

Komen Haji Zulkifli akan kenyataan di atas dalam BuletinOnline pada 12 Oktober 2012:

1) Mendakwa berlakunya penipuan dalam mengagihkan dana bencana alam sehingga mangsa banjir kena daftar dan kena 'sign' borang dengan SPRM.
2) Mendakwa kenyataan dari seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan dalam soal integriti dan pencegahan rasuah itu menunjukkan masalah penyelewengan bantuan banjir nampaknya begitu serius.
3) Mengaku menerima laporan kes mangsa-mangsa banjir diberikan bantuan kewangan RM500 seorang, tetapi apabila siasatan oleh pihak beliau di lapangan mangsa-mangsa ini didakwa hanya menerima RM300 sahaja.
4) Mendakwa berlaku penyelewengan dilakukan JKKK dan urusetia dalam pengagihan wang ehsan kepada mangsa banjir.
5) Mengaku pihak beliau tidak melaporkan kes-kes yang disyaki terdapat penipuan wang kepada pihak berkuasa kerana tidak bukti-bukti secara berdokumen sukar diperolehi dan turut mendakwa ada rangkaian konspirasi yang terancang dan berpakat melakukan penipuan tersebut.