Jumaat, 11 Januari 2013

BERAT NANANG!! HAJI HADI SANGGUP GADAI AGAMA DEMI KUASA?!!!







Di atas ialah kenyataan Haji Hadi berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh kafir yang lain. Kenyataan Haji Hadi jelas tidak melarang, malah membenarkan golongan kafir menggunakan kalimah Allah di Malaysia. Adakah Hadi sudah terkena virus-virus ANWARINAS yang menjangkiti hampir ke semua juak-juak Pakatan Rakyat? Anwar terang-terangan menyokong pendirian atau pendapat Joseph Lim Guan Eng yang mahukan kalimah "Allah" digunakan di dalam bible versi bahasa melayu. Malah Joseph LGE juga mahukan kesemua agama lain turut mempunyai hak untuk menggunakan kalimah "Allah". Pada pendapat PENYU TRANUNG, seharusnya sebagai seorang Muslim Melayu di bumi Malaysia, sepatutnya kita pertahankan hak kita, kesucian agama kita. Kalimah "Allah" itu bukan satu perkara yang ringan. Tapi tidak hairan Anwar sekali lagi menyokong Joseph LGE.



Anwar merupakan penyokong kuat LGBT, Seksualiti Merdeka, malahan menyokong penuh kenyataan anak tercintanya yang mahukan Melayu beragama Islam MURTAD dengan bebas memilih agama masing-masing. Malah pemikiran Islamic liberalisme/Modernist Anwar jelas terpampang bila dia menyatakan sebagai seorang pemimpin dia tiada hak untuk menegur orang lain yang melakukan maksiat serta melakukan kekufuran. Sebagai seorang pemimpin Muslim, seharusnya kita menegur dan memperbetulkan kekufuran serta perkara yang jelas terpesong diantara MUSLIMIN dan MUSLIMAT. Haji Hadi sebagai salah seorang pemimpin PAS yang terkenal atas nama Parti Islam, seharusnya mempertahankan hak, memperjuangkan yang benar, tidak tunduk kepada tuntutan Kafir yang umpama menghina Agama Islam kita yang suci.



BERAT NANANG MU LENI HAJI HADI!!!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.