Sekali lagi ambe nak kongsi maklumat yang ambe dapat ni berhubung dengan Ucapan Peguam Negara dalam satu Majlis Legal Year 2013 yang berlangsung baru-baru ni. Kalau kawan-kawan nak tahu jawapan yang diberikan kepada wartawan-wartawan semasa press conference majlis tersebut, jom baca artikel ni sampai habis.
1. RCI melambangkan sikap keterbukaan Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri dan
pihak Kehakiman Negara dalam isu IC di Sabah.
2. Tidak ada perkara yang
hendak disembunyikan sebab itulah kerajaan mengambil keputusan mengadakan
RCI.
3. RCI akan menerima sesiapa sahaja untuk bercakap, sama ada benar
atau tidak benar, sama ada hearsay atau pandangan, berunsur politik atau tidak,
yang penting RCI akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menyampaikan
pandangan mereka.
4. Pihak Kerajaan tidak akan mengganggu RCI
menjalankan siasatan mereka. Mereka diberi kebebasan seluas-luasnya.
5.
Semua keterangan yang direkodkan semasa prosiding RCI akan dipertimbangkan dan
pihak RCI akan memberikan cadangan kepada Kerajaan untuk mengambil tindakan
selanjutnya.
6. Jika terdapat kes yang melanggar Undang-undang
pendaftaran, maka kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah. Oleh itu, beri peluang
kepada RCI untuk mendengar semua keterangan daripada semua pihak.
Kesimpulannya semua pihak harus bersabar menunggu hasil siasatan RCI
Sabah ini. Janganlah kita terpengaruh dengan pihak yang cuba menangguk di air
yang keruh.Wallahualam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.