Isnin, 28 Januari 2013

PANASSS!!! JAWAPAN USTAZ NASHA ATAS PEMECATAN BELIAU OLEH PAS

Akhirnya selepas kecoh di serata pelusuk Malaysia berkaitan PEMECATAN Ustaz Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura PAS, beliau telah menghantar satu SMS maklumbalas kepada saing ambe berhubung perkara ini. Ambe dah bace, sedih ade, sayu pun ada bila membacanya.Kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut isi kenyataan SMS beliau klik lah dekat bawah gambar ni...

 

 
SMS RINGKAS DARIPADA USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
 
Terima kasih semua rakan rakan yang menghubungi saya.Saya banyak menerima sms,email dan panggilan telefon yang penuh dengan kata-kata semangat meminta agar saya sabar dan tabah. Sehingga disaat saya menghantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi menyatakan perlucutan jawatan tersebut oleh pimpinan PAS. Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan oleh Parti, bukan pilihan saya. Jika Parti mahu ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Justeru, saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.
-Nasharudin Mat Isa-
 
Ingatlah kawan-kawan ambe di luar sana bahawa PAS itu bukan agama, Islam itu bukan PAS. Buat Ustaz Nasha, tak mengapalah kalau mereka tidak berkehendak pada ustaz lagi kerana yang pastinya Islam masih memerlukan pejuang agama yang berani dan sejati seperti ustaz.

Allahuakbar!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.