Jumaat, 18 Januari 2013

Apa Pulak Ni?

Mulai 15 Januari 2013, Kerajaan akan menyalurkan bantuan persekolahan RM100.00 seorang kepada anak-anak atau adik-adik kita. Biarpun jumlahnya sedikit mengikut perhitungan orang-orang bergaji besar di bandar-bandar, namun kepada orang yang berpendapatan kecil ia merupakan rezeki durian runtuh yang wajar disyukuri.
Tak kisahlah puak pembangkang nak bising-bising tuduh ini merupakan rasuah politik demi undi pilihanraya, tapi bagi majoriti rakyat pemberian ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan BN mengurangkan bebanan rakyat dan wajar kemakmuran negara dapat dinikmati bersama. Biarlah pembangkang nak melalak, tapi kita percaya mereka pun tak akan menolak pemberian ini. Ini menjadi bukti kerajaan BN tak mungkir janji dan tidak pilih bulu.


Bagi kita, lebih baik kerajaan bagi duit atau beras berkampit-kampit dapat juga merasa. Dari pergi melalak tengah panas terik, penat dapat duit habis kena pau dek pengutip-pengutip derma karung parti.
Biarpun mereka kata kalau kerajaan beri ambil tapi undi tetap kepada Pakatan sekalipun, namun bagi mereka yang ada akal, setiap nikmat perlu disyukuri. Jika kufur maka makanan yang menjadi darah daging atau barang yang dimiliki akan hilang keberkatannya.
Mungkin bagi sesetengah orang pula, perbelanjaan persiapan untuk anak-anak sebelum buka sekolah dahulu tidak berbaloi dengan pemberian RM100 ini. Namun kepada ibu-bapa yang bijak, duit RM100.00 ini bolehlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan untuk yuran ko-kurikulum, buku tambahan, yuran mendaftar mengaji Quran atau tuisyen. Al maklumlah mana ada benda yang free termasuklah tadika PASTI.
Setidak-tidaknya bolehlah mak bapak jadikan deposit untuk buka akaun SSPN. Kalau tak pun apa kata bawaklah anak-anak kita tu pergi makan KFC ka, Mek Di ka, Pizza ka...jangan derma kat karung-karung plastik dan tin milo untuk hancurkan negara. Belum tentu duit-duit yang masuk karung tu digunakan untuk jihad fisabilillah. Sebaliknya banyak digunakan untuk memenuhi kantong-kantong pemimpin yang cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.


Kalau ada mak bapak yang guna duit RM100.00 beli rokok atau main ekor tu memang patut dipanggil spesis mak bapak haram jadah

Tak lama lagi duit BR1M pun dapat, pesanan yang sama ditujukan buat penerima...bersyukurlah dengan pemberian ini. Inilah tanda Kerajaan masih sayang pada kalian dan menepati janji-janjinya untuk membantu rakyat. Bukan setakat cipta manifesto yang gah-gah belaka, tapi hampas dah 5 tahun hanya tinggal janji.

Contohnya macam di Selangor, yang bagi air free pun pihak SYABAS juga, tu pun setelah bekalan air terputus berhari-hari, tapi kenalah beratur panjang dan naik turun tangga. Nak harapkan Kerajaan PKR Selangor bantu langsung tak dak. Janji berpulu-puluh tapi semua tak boleh pakai dengan segala MB dan exco-exconya sekali tak boleh pakai!

Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/bn-buat-hal-lagi.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.