Ni antara kenyataan-kenyataan individu yang melaporkan ditipu oleh Sindiket Penjualan IC di Sabah:
Sebuah keluarga, Saudara Alif (nama sebenar), menyatakan dia kerugian RM3,500 kerana mempercayai sindiket ini. Seorang lagi mangsa
sindiket ini Puan Berami (bukan nama sebenar) mengatakan beliau sudah
mengeluarkan wang hampir RM10,000.00 kepada sindiket-sindiket ini yang dikenali
dengan nama “pengurus” kononnya mereka mempunyai kenalan pegawai di JPN...
Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi sehingga kini
dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
ditransformasikan oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi,
telah menangkap beratus-ratus individu di Sabah sama ada di kalangan kakitangan
JPN atau pun individu-individu yang menjadi dalang sindiket IC ini.
Sangat jelas bagi ambe bahawa, Kerajaan Persekutuan tidak pernah berkompromi akan hal
ini. Bagi ambe, Isu IC di Sabah ini lebih kepada Kebodohan, Kerakusan dan
Ketamakan sesetengah individu tertentu yang mahu mendapatkan wang dengan cara mudah.Jadi fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan.Wallahualam!
Credit sumber dari - http://mymassa.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.