Isnin, 28 Januari 2013

GILA! GILA! USTAZ NASHA KENA PECAT SEBAB IKUT PM PEGI GAZA WEYH!!

Ni satu berita yang tengah hangat diperkatakan di seluruh Malaysia sejak semalam lagi. Tapi kalau kawan-kawan cari dalam paper HARAKAH @ KEADILAN memg sampai mampus tak jumpe boh!

Masalah DISIPLIN berat mane yg USTAZ NASHA (BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS) ni buat sampai kene pecat sebagai AHLI MAJLIS SYURA pun ambe tak tahu.

Tapi bagi ambe, perkara tersirat yang ambe tengok dari keputusan Majlis Syura yang hanya menggugurkan jawatan Ust. Nasha adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia dan Penyokong Tegar PAS. Kenapa tidak pecat daripada menjadi ahli PAS saja? Ambe rasa PAS tidak mahu dilihat sebagai parti yang bermasalah. Jika dipecat terus,akan menjatuhkan populariti Parti PAS, tetapi jika dibiarkan pulak, kesannya juga same. Mungkin itu sahaja jalan Majlis Syura bagi mengelak bahana yang lebih besar daripada menimpa PAS.

Ambe juge berpendapat, tak mustahil set-set PAS ni kene desak lagi dengan si Joseph LGE dengan Dalpal Singh sebab diorang nampak Ustaz Nasha ni sekarang sebagai liabiliti/beban/ancaman kepada PAKATAN RAKYAT. Benda ni ambe tengok paling ketara sejak Ustaz Nasha mengikuti sekali rombongan Lawatan Kemanusiaan PM ke Gaza pada 22 Januari yang lepas selain dari kenyataan dan nasihat pedas yang dibuat oleh beliau.

Sekali lagi kita lihat, seorang pejuang sejati dalam PAS akhirnya menjadi kambing hitam dalam PAKATAN dan akhirnya dilayan seperti kain buruk sekarang. Dari memegang jawatan Timbalan Presiden-DIPECAT. Dari memegang jawatan Ahli Majlis Syura-DIPECAT. Paling penting benda yang jadi ni tentunya menguntungkan puak-puak ANWARINAS dalam PAS kerana tiada lagi ancaman dari dalam PAS untuk mereka menguasai PAS sepenuhnya demi ANWAR ALJUBURI!!

Kelihatan Ustaz Nasha (tiga dari kanan)bersama dengan delegasi rombongan Lawatan Kemanusiaan PM ke Gaza, Palestin pada 22 Januari 2013 lalu.


Untuk penjelasan berkenaan pemecatan Ustaz Nasha sebagai Ahli Majlis Syura, korang boleh teruskan membaca kandungan artikel di bawah ni:


Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."


Masih ingat lagi artikel di atas? Adakah ini bermakna sekarang kemantapan jentera PAS untuk menghadapi PRU13 semakin rapuh??
Sekarang ni apa yang ambe boleh kata, kalau Ustaz Nasha yang mempertahankan agama Islam sepenuh jiwa dan raganya macam Dato' Dr Hassan Ali kena pecat dari memegang apa-apa jawatan dalam PAS, sepatutnya PAS kena pecat Haji Abdul Hadi Awang kerana statement ntahapeape beliau berkaitan isu Kalimah Allah yang bercanggah dengan keputusan Majlis Syura. Bukankah ini juga dikira sebagai melanggar DISIPLIN?? Ambe malas doh nak cakap lagi. Kawan-kawan lagi bijak menilai! Biarlah MAT SABU yang suka makan BABI dengan JOSEPH LGE tu yang ganti Haji Hadi sebagai Presiden PAS satu hari supaya makin MANTAP lah perjuangan PAS. TAKBIR!!

BERAT NANANG PAS LENI WEYH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.