Ahad, 1 April 2012

PANAS! PANAS! Haji Hadi Si Putar Belit!


Aku dah lama nak post artikel ni, cuma sebelum ni aku dok pikir kadang-kadang rasa tak sampai hati nak kutuk bangsa seagama.Tapi nak buat macam mana.Kali ni aku terpaksa cakap kasar sket dalam artikel ni. Aku nak korang kat luar sana fikir sendiri, fikir secara rasionalnya kenapa Presiden PAS yang satu ni dok putar sana,putar sini.Dok belit sana,belit sini bila buat kenyataan di akhbar pasal isu-isu sensitif. Terbaru, pasal isu hubungan dengan Yahudi. Wahai Haji Hadi, aku nak tanya sikit. Dulu masa kau perintah Negeri Terengganu tahun 1999 dulu, sebok kata berhubung dengan Yahudi@Israel tak kira apa jua pegangan adalah haram. Sekarang ni, bila si Anwar Aljuburi@Anwarinas tu sah menyokong Israel dalam Wall Street tu, kau pulak terhegeh-hegeh keluarkan kenyataan kata BERURUSAN DENGAN YAHUDI HALAL, ASALKAN BUKAN DENGAN ZIONIS!WTF??!!!!



Kenyataan Presiden PAS yang mengelirukan rakyat Islam semata mata mahu 'cover' kesilapan bodoh kenyataan DSAI menyokong Israel baru-baru ini.

Wahai Haji Hadi, kau boleh beza ke Yahudi tu Zionis ke bukan Zionis?? Dalam IC diorang ada ke tulis status diorang tu Zionis atau bukan??
Aku taula kau nak menang dalam PRU ke 13 akan datang, tapi takkan sampai semua benda termasuk perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam pun kau nak kompromi?? Cukupla ada sorang pemimpin bangsat dalam PAS yang sanggup jual agama demi kepentingan peribadi. Aku pun bukannya alim sangat, tapi aku boleh fikir secara rasional kot. Kenyataan orang-orang macam kau nila yang merosakkan pemikiran orang Islam terutamanya orang muda zaman sekarang semata-mata nak mencapai kepentingan duniawi kau sendiri lagi-lagi dengan keadaan PAS sekarang yang sanggup bersekongkol dengan DAP laknatullah tu!

Untuk pengetahuan korang, lepas je Haji Hadi keluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan umat Islam di Malaysia khususnya, keluar pulak kenyataan daripada Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia yang mengatakan BERHUBUNG DENGAN YAHUDI DALAM APA JUA AKTIVITI TIDAK KIRA APA PEGANGAN MEREKA ADALAH HARAM!!

Kenyataan Nasrudin Hassan yang langsung bertentangan dengan kenyataan Haji Hadi tentang hubungan dengan Israel.

Korang pun boleh baca dan pikir sendirilah yang kenyataan Nasruddin ni satu sandiwara je sebab lepas keluar kenyataan Haji Hadi tu, semua rakyat Islam termasuk ulama-ulama yang ada dekat Malaysia ni mengutuk kenyataan Haji Hadi yang sangat mengelirukan ni. Bagi aku, kenyataan Nasrudin boleh membawa dua maksud berbeza. Maksud pertama, mungkin Nasrudin Tantawi sedar yang kenyataan Haji Hadi tu salah dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan parti PAS. Kedua, kenyataan Nasrudin ni hanya nak menarik balik sokongan orang ramai kepada PAS. Pada pendapat peribadi aku  maksud yang kedua tu paling logik sebab diorang dah gelabah bila orang dok kutuk PAS disebabkan kenyataan Haji Hadi yang melampau tu. Tapi korang silap, sekali korang dah keluarkan kenyataan macam ni, sampai bila-bila pun orang akan ingat!

Kalau ini bukan satu sandiwara, aku boleh ucapkan syabas kepada Nasrudin Tantawi kerana tidak berkompromi dalam isu agama, tak macam Haji Hadi kawan baik si Anwar Aljuburi@Anwarinas tu!
 Jadi, apa yang aku cakap dalam artikel ni korang kat luar sana pikir-pikirkanlah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kita sanggup kompromi semuanya termasuk agama Islam yang suci ni. Jangan kerana kita mahukan sesuatu kita sanggup bersekongkol dengan Dajjal yang bertopengkan manusia. Wahai PAS, sedarlah apa yang kamu lakukan ni (bersekongkol dengan DAP laknatullah dan PKR pendokong liberalisme) hanya akan membawa padah dan kemusnahan kepada semua orang Melayu Islam. Sekiranya kamu lambat sedar, jangan terkejut sekiranya anak cucu kamu nanti akan menyumpah laknat kepada kamu atas kemusnahan dan kesengsaraan yang kamu beri kepada mereka. FIKIR-FIKIRKANLAH DAN BANGKITLAH KAMU SEMUA WAHAI ORANG-ORANG MELAYU ISLAM!! 

KITA TOLAK DAP LAKNATULLAH, 
KITA TOLAK ANWAR ALJUBURI@ANWARINAS!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.