Malam tadi lebih kurang dalam pukul 8 malam, aku kebetulan jumpa kawan lama di sebuah kedai makan kawasan sekitar Pantai Teluk Lipat, Dungun. Aku kalau turun ke Dungun memang selalu lepak makan dekat kedai tu sebab ikan bakar dia memang mantap.Jadi, aku pun belanja la kawan aku tu makan sekali sambil borak-borak. Masa tu kebetulan pulak tokey kedai tengah tayang berita TV3. Lepas tu, terkejut aku bila TV3 siarkan berita tentang insiden kebocoran gas di kawasan sekitar loji penapisan gas Petronas di Kerteh, Paka yang berlaku malam semalam tapi pihak Petronas menafikan yang loji diorang terlibat dengan insiden tu.
Aku pun terus 'google' maklumat dengan smartphone aku.Sambil-sambil tu aku tanya dengan kawan aku sama ada dia tahu tentang kes kat berita tu memandangkan kawan aku ni duduk dekat Kg. Labohan, Kerteh dan ada kawan dia yang kerja dekat loji-loji Petronas tu. Kawan aku pun cerita la yang dia tahu sebenarnya tentang kes tu.Apa yang dia cerita lebih kurang dengan maklumat yang aku dapat dari Bernama dan Sinar Harian.
Tengah borak-borak tu, tiba-tiba kawan aku tunjuk kat aku FB seseorang dalam smartphone dia. Aku tanya FB sapa tu?Kawan aku jawab,"Ni FB Saiful Bahri, Timb Pesuruhjaya 1 PAS Trg tu". Aku memang kenal memandangkan aku banyak kritik dia sebab memfitnah tentang isu SRIDB baru-baru ni.Aku pun tanya dia kenapa tunjuk dekat aku FB Saiful Bahri tu. Lepas tu kawan aku balas,"Cuba ko baca betul betul apa yang Saiful Bahri post dalam wall FB dia". Aku pun belek punya belek, baru aku perasan. Dia ada komen tentang kes kebocoran gas kat Paka tu, tapi bila aku baca spontan ayat ni keluar dari mulut aku," Bangang jugak si Saiful Bahri ni.Cakap ikut sedap mulut je.Macam ni nak jadi wakil rakyat DUN Paka??" Ni aku tunjuk kat korang apa yang Saiful Bahri ni komen dlm FB beliau pada 6 April 2012 tentang insiden kebocoran gas tu:
Statement bangang ikut sedap tekak calon PAS untuk bertanding di Paka dalam PRU13 nanti.. |
Meh aku bagi penjelasan sikit kenapa aku kata statement Saiful Bahri kat atas ni bodoh:
1) Dia tak sebut 2 lagi klinik yang memberi rawatan kepada pekerja-pekerja yang mengalami simptom keracunan gas iaitu Klinik Kesihatan Rantau Petronas dan Klinik Kesihatan Kerteh, bukan hanya Klinik Kesihatan Paka dan Hospital Dungun sahaja.
2) Lokasi punca kebocoran gas tidak melibatkan sama sekali dalam kawasan Loji Pemprosesan Gas Petronas memandangkan loji ini tidak menggunakan@menghasilkan ammonia sama ada dalam bentuk cecair ataupun gas untuk kepentingan industri. Laporan juga mengatakan sebenarnya punca kebocoran gas datang daripada sebuah loji yang tiada kaitan dengan Petronas.
3)Pekerja-pekerja syarikat Hyundai PFC Engineering Sdn Bhd yang diberikan kontrak oleh Petronas untuk menyelenggara loji tersebut pada masa insiden melaporkan kira-kira hanya seorang sahaja yang mengalami kecederaan serius dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (SNZ) dan 23 orang lagi telah mendapatkan rawatan di keempat-empat klinik termasuk hospital untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Kesemua mereka telah pun dibenarkan pulang pada keesokan hari selepas insiden.Bukannya BERPULUH-PULUH seperti dakwaan Saiful Bahri tu!
4) Walaupun loji-loji yang dibina di Kawasan Perindustrian Petronas, Kerteh telah beroperasi sejak tahun 1983, namun daripada segi aspek pembangunan keselamatan dan penyelenggaraan infrasruktur Petronas tidak mengambil mudah.Pihak pengurusan Petronas mempunyai strategi mereka sendiri mengikut manual dan prosedur yang ketat di mana pada masa ini pun, aktiviti penyelenggaraan dan projek baikpulih sedang giat dijalankan secara berfasa dan mengikut jadual yang ditetapkan. Jadi apabila Ust Saiful Bahri menyebut tentang usia loji Petronas Kerteh yang dah berusia 30 tahun dalam FB beliau, jelas dia mahu mengatakan bahawa Petronas TIDAK PERNAH melakukan sebarang aktiviti penyelenggaraan dan projek baikpulih loji-loji yang ada sepanjang 30 tahun beroperasi!
5) Dalam statement Saiful Bahri dalam FBnya juga menjelaskan yang beliau sama sekali TIDAK PERCAYA akan kesiapsiagaan agensi penyelamat dan keselamatan yang ada di Kerteh khususnya seperti pihak Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya terjadi bencana yang tidak diingini di kawasan loji perindustrian petroleum itu walhal hampir keseluruhan ahli bomba yang ditempatkan di Balai Bomba Kerteh dan Paka mempunyai kepakaran tersendiri (expertise) dalam mengawal bencana daripada merebak sekiranya ia benar berlaku. Tambahan lagi, sudah semestinya pihak pengurusan keselamatan Petronas sudah mempunyai pelan keselamatan yang terbaik (seperti penubuhan pasukan bertindak kecemasan, ERT) bagi memastikan sekiranya berlaku bencana, ianya tidak akan melibatkan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan loji.
Jadi korang tengok sendiri macamana Ust Saifool Bahri ni memfitnah dan memburuk-burukkan pengurusan Petronas dan UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi. Wahai, Ust Saiful Bahri.sepatutnya kau ni, bila nak keluarkan statement walaupun dalam FB biarlah fakta tu jelas.Bukan main ikut sedap mulut kau je cakap.Bagi orang terutamanya kat Paka ni takut, confused.Kau dulu pun pernah jadi instruktor dekat Institut Latihan Perindustrian Petroleum jadi patutnya kau lagi maklum akan cara kerja pengurusan Petronas terutama dalam bab berkaitan keselamatan ni. Tapi yelah, kau pun calon nak bertanding kat Paka masa PRU13 nanti kan.Jadi, tak kisahla isu apa pun yang jadi kat Paka sekarang ni tiba-tiba je kau nak ambik berat, nak bagi komen itu ini heboh dekat media sana sini.Nanti orang Paka bila tengok, kononnya orang akan sanjung kau.Julang kau sebagai hero. Tapi kau silap.orang zaman sekarang bukan bodoh.terima bulat-bulat apa je yang kau cakap tanpa buat analisa.
Pemimpin macam ni ke yang korang nak sebagai WAKIL RAKYAT DUN PAKA?? Kalau korang tanya kat aku sebagai pengundi Generasi Y, aku takkan terima pemimpin yang macam ni.FITNAH SANA SINI, PUTAR BELIT FAKTA SANA SINI. inilah perangai sebenar Ust Saiful Bahri.
USTAZ KATENYE??PIIIIRAAAHHHHHHHHH!!!!!
Ala.. sentap sangat la hang nie..
BalasPadam