Ahad, 25 Mac 2012

PANAS! PANAS! PKR Ganu nak 13 Kerusi Untuk PRU 13, PAS Melenting!

Assalamualaikum,

Walaupun cerita ni keluar awal Mac 2012 yang lalu dalam akhbar Sinar Harian, tapi aku tetap nak ulas jugak. Nama je Pakatan Rakyat, tapi bila aku baca kenyataan wakil Parti masing-masing langsung tak nampak dekat mana kesepakatan diorang nih. Kemelut ini bermula bila PKR negeri yang diketuai Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu,mengumumkan nak bertanding 14 kerusi di Terengganu (11 DUN, 3 Parlimen) dan senarai calon juga telah dimuktamadkan, PAS terus melenting menyinga semua ada dan bagitau kat press PKR jangan berangan nak dapat kerusi sebanyak tu! Ini belum nak pilihanraya lagi, pun belum lagi nak jadi kerajaan dah sebok nak berbalah berebut kerusi bertanding. Agaknya kalau Pakatan Rakyat ni menang PRU, memang huru hara lah pentadbiran kerajaan.Tambahan dengan campurtangan DAP laknatullah tu!

Azman Shapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu mengecam PKR kerana sesuka hati memberi keterangan kepada pihak media tanpa berbincang dahulu dengan tunggak pembangkang di Negeri Terengganu itu.

Kalau aku tak salah, PKR Terengganu dapat sebanyak 2 kerusi Parlimen (Kemaman dan Dungun) dan 5 kerusi DUN (Telemong, Kota Putera, Permaisuri, Bandar dan Seberang Takir) masa pilihanraya 2008 sebelum ni.Lepas je Azman Shapawi keluarkan kenyataan macam dalam gambar di atas, PKR terus merajuk dan mengeluarkan satu kenyataan di Sinar Harian pada 13 Mac 2012 seperti di bawah:

Ketua Penerangan PKR Terengganu, Fariz Musa menyindir PAS yang melenting selepas PKR bercadang mahu menambah jumlah kerusi yang ingin ditandingi di Terengganu.
Hahaha, lawak betul. Tapi tulah, realitinya PAS memang sokmo mengalah.silap haribulan, PKR memang dpt 14 kerusi yang diorang nak tu sebab kalau tak bagi, nanti si Anwar Pandikutty tu merajuk dengan Hj Hadi. Lepas tu, Presiden PAS tu pun mengalah dan bagi jela ape yang DSAI mahukan. Terkini, dalam Sinar Harian hari ini turut menyiarkan artikel kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkenaan pertelingkahan antara PAS dan PKR ini:

 Dalam artikel dalam gambar di atas, Wahid Endut menyelar tindakan PKR dengan menyatakan PKR jangan terlalu tamak dalam soal kawasan yang ingin ditandingi mereka.Tambahan lagi, di sini juga jelas yang Wahid Endut tak boleh nak control anak buah dia si Azman Shapawi tu, siap bagi amaran supaya jangan buka pekung yang berlaku antara PKR dan PAS di ruang media. Ini bermaksud perbalahan antara diorang ni dah lama berlaku, terima kasih kepada Azman Shapawi kerana menceritakan hal sebenar kepada rakyat. Jadi, rakyat Terengganu nilailah sendiri. Bayangkan kalau puak-puak pembangkang ni menang di Terengganu, lepas tu berebut sesama dorang nak jadi EXCO, nak kaut untung balaklah, hasil minyak lah.Masa tu, yang merana siapa?KITA RAKYAT GANU JUGAK!!


Rumusannya, sekarang rakan PAS yang pro Israel  nak minta kerusi lebih pulak dilubuk PAS. Tak bagi karang, merajuk pulak.Nampak gayanya PAS memang terpaksa mengalah lagi. DAP yang makin galok merekrut ahli/calon Melayu juga pasti mahukan tambahan kerusi bagi balaci pencacai baru mereka, tak mungkin DAP nak korbankan kerusi sedia ada mereka untuk calon2 itu. Takpelah, PAS kan ada..
Banyak benefit tambahan kalau dapat kawasan PAS ni, siap pakej sekali dengan pekerja2 percuma yang boleh dikerah untuk buat apa saja.


p/s: Cuba berikan contoh dimana PKR dan DAP yang terpaksa mengalah kepada tuntutan dan prinsip PAS ? (ohh, ada! ada! hari tu PAS kan ada tuntut nak kempen dalam pasar jual daging babi, diorang mengalah dan izinkan ..... )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.