Semalam aku terbaca tentang artikel yang sedang hangat dikecohkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa wujudnya 'task force' yang ditubuhkan oleh kerajaan BN untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Apa yang aku nampak, sejak bantahan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) oleh pihak pembangkang tidak dilayan dan semua 8 tuntutan Bersih juga tidak dipenuhi oleh Suruhanjaya Pilihanraya, geng-geng si Mahfuz ni sekarang giler mendesak kerajaan untuk tubuh Suruhanjaya Diraja,gerakan anti sana-anti sini walau sekecil mana isu yang timbul sejak-sejak PRU13 dah makin dekat ni.
Kata Mahfuz," Kalau buat Suruhanjaya Diraja baru ade kelasss.Tak kisahla pasal isu apa pun.Baru cepat naik nama aku, senang nak ganti Hj Hadi Pro-Israel lepas ni. Itupun korang tak nampak ke?" |
Berita terkini pulak, kawan aku kata lepas keterangan yang dikeluarkan oleh Datuk Mahfuz Omar tu, hari ni satu laman blog popular tentang isu politik semasa, MyMassa telah mendedahkan satu SURAT TERBUKA KHAS UNTUK MAHFUZ OMAR yang diemelkan kepada mereka. Bila aku buka blog MyMassa ni , rupanya mereka dapat kiriman emel ni dari seorang rakyat Sabah yang marahkan beliau kerana keterangan terkini beliau yang memutarbelitkan isu pendatang tanpa izin ni.Jom kita baca ramai-ramai surat yang aku copy-paste dari MyMassa:
SURAT TERBUKA KEPADA MAHFUZ OMAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
HIDUP
saya sudah lama menderita, berpuluh tahun kerana saya tidak memiliki
Mycard dan status kewarganegaraan saya belum ditentukan. Bukan saya
sahaja, tetapi ramai. Saya dilahirkan di Sandakan, Sabah. Ibu bapa saya
datang ke Sabah sebelum Sabah merdeka, tetapi mereka pulang ke Negara
asal mereka di Indonesia. Tinggallah saya adik beradik dijaga ibubapa
angkat. Kami bersekolah di Sandakan, dari tadika hinggalah ke
Universiti. Apabila tamat pengajian, saya bekerja dengan kerajaan tetapi
apabila status warganegara saya dikesan “belum ditentukan” saya
diberhentikan kerja. Bertahun saya bekerja menabur bakti, tetapi kerana
peraturan memohon kerakyatan yang sangat ketat di JPN dan di KDN,
sehingga ke hari ini saya terkontang-kanting.
Bagi
saya, saudara adalah Pembunuh Masa Depan Kami! Kamu Hikpokrit! Tahukah
kamu hampir 90% ahli dan penyokong PAS di Sabah, ibu bapa mereka, malah
mereka sendiri, semuanya berasal dari Indonesia atau Selatan Filipina.
Mereka semua Islam dan Melayu. Saya tidak kenal nama-nama pegawai yang
kamu sebut itu, tetapi saya pernah berjumpa dengan Encik Rashid Basiron
di JPN Putrajaya. Mahukah kamu saya sebut satu-satu ahli PAS di Sabah
yang semuanya asalnya Pendatang? Sebab itu saya kata kamu Hikpokrit dan
Pembunuh masa depan kami? Kalau kau ada di depanku, aku sudah tampar kau
hidup2.
Pernah
kau Mahfuz pergi ke JPN Putrajaya? Pernahkah kau berurusan dengan KDN
betapa sukarnya untuk mendapat status warganegara? Encik Rashid Basiron
itulah, walaupun dia sangat tegas, sangat ikut peraturan walaupun kami
merayu dan menangis, tetapi dia kata peraturan kena ikut juga. Tetapi
dia tidak matikan harapan kami, dia tolong kami, dia tunjukkan kami
jalan, akhirnya dalam tempoh setahun atau dua tahun adalah keluarga kami
yang mendapat warganegara dan seterusnya memiliki kad pengenalan.
Dengan sekeping Kad Pengenalan inilah, kami boleh bekerja, menyara
keluarga kami, mendapat rezeki dan seterusnya dapat menderma kepada
surau-surau, malah ahli-ahli PAS di Tawau, Sandakan, Kalabakan, Kota
Kinabalu semuanya bermula macam kami. Mereka semua asalnya pendatang
juga tetapi pegawai2 seperti Encik Rashid Basiron inilah juga yang
membantu mereka.
Pesuruhjaya PAS Sabah
itu kamu tahukah dia berasal dari mana? Kamu tahukah dia lahir di mana?
Kamu tahukah dia juga berurusan dengan JPN untuk menjadi Warganegara
Malaysia? Kamu Mahfuz memang Pembunuh Masa Depan Kami dan Kamu memang
Hikpokrit!!! Hanya kerana Cita-cita kamu bersama DAP mahu ke Putrajaya,
kamu keluarkan kenyataann yang mengguris jiwa dan perasaan kami.
Kamu
tahukah kawan-kawan saya ramai yang diberhentikan kerja kerana masalah
Kad Pengenalan yang kamu bangkitkan. Kamu tidak percayakah, pergilah kau
selidik di Sandakan ini, di Tawau, di Kalabakan, semuanya orang Islam,
semuanya Melayu, yang lahir di Sabah, tetapi ibu bapa kami dahulu tidak
bersekolah, ibu bapa kami dahulu duduk di dalam hutan menebang pokok,
membuka ladang, mereka tiada wang untuk ke Bandar, mereka buta huruf
untuk mengurus Kad Pengenalan kami. Kami bukan jalan belakang seperti
yang kamu tuduh, Tidak ada satu pun Pasukan Khas atau Task Force yang
kamu tuduh itu untuk menyelesaikan masalah kami ini, Mana dia, kalau ada
baguslah, supaya hidup kami boleh ada masa depan.
Kamu
sangat Terok dan Menjijikan Mahfuz!!! Dato Hishamudin dan Encik Rashid
Basiron lebih Mulia hati mereka dari kamu, kau yang bernama Mahfuz
sangat Jahat dan Sangat Kejam!!! Kami orang Islam, Pernah kau
perjuangkan nasib kami di Parlimen, yang kau tahu tuduh tuduh tuduh.
Islam apa kau ini??? Nasib baik kau bukan di Sabah, kalau kau ada di
Sabah, sudah ku tampar kau sampai kau mampus. Memang bapakmu pandai bagi
kau nama, Mampus dan Mahfuz hamper-hampir sama.
Harapan kami, hanya kepada Kerajaan Persekutuan bukan kepada manusia Berhati Busuk seperti kau!
Kau
tahukah nasibku sekarang, aku dibuang kerja, sudah 5 bulan aku tak
bekerja. Ibu bapaku sudah tua, rumahku baru terbakar hangus semuanya.
Adik-adikku bersekolah. Mereka semua hairan kenapa aku tidak bekerja.
Aku tipu mereka, aku kata aku bercuti panjang, kerana aku tidak mahu
jatuhkan semangat mereka. Dalam dompetku hanya sedikit saja wang, aku
pinjam wang, aku terbang ke Putrajaya, aku menumpang tidur di rumah
kawan, hari ini di rumah kawan esok di rumah kawan lain, aku makan apa
yang ada, aku berjalan ke satu jabatan ke satu jabatan, KDN membantuku,
pegawai di JPN membantuku, pegawai di JPM membantuku, tiba-tiba keluar
dari Mulutmu yang kurang ajar konon orang-orang seperti kami ini dibantu
oleh Task Force. Hancur luluh hatiku…Kau Mahfuz memang berhati Setan!!!
Sekarang aku mencari kerja di mana saja, di kilang apapun dengan warga
asing, aku sudah tidak boleh pulang ke Sabah kerana aku sudah tiada
wang.
Bila
aku terbaca Tuduhanmu itu, Hatiku bertambah Sakit, Sangat-Sangat Sakit,
Jiwaku menangis, aku terkenang ibu bapaku dan adik-adikku yang menanti
khabar di kampong. Di mana perasaanmu Mahfuz? Di mana jiwa Islammu? Aku
ini sauadara seagama dengan mu? Kerajaan dan Dato Hisham dan Encik
Rashid Basiron walaupun dia pegawai biasa, tetapi jiwa mereka besar
hendak menolong orang seperti kami. Tapi kau Mahfuz, kau umpama Setan
Neraka kepada kami di Sabah. Aku menangis Mahfuz mengenang nasibku. Kau
Mahfuz Manusia paling Kejam di dalam dunia ini…Hanya kepada Allah aku
berserah.
M.Sandakan.
12.15PAGI.
Perghhh, sedih giler aku baca surat mamat Sabah ni. Agaknya bila Datuk Mahfuz Omar baca artikel ni apa agaknya ayat putar belit lidah bercabang yang akan keluar dari mulut dia dan dijaja jaja kepada media. Korang kat luar sana, korang nilailah sendiri. Orang macam Mahfuz Al-Mamfush ni ke yang kita nak untuk jadi pemimpin kita??Jumpa lagi kita dalam artikel yang lain.Wassalam...
jangan laaa marah atau sedih...dia LCE fail.. dah memang nasib tak pandai...dia main bantai je cakap ikut suka.dah memang lahir bodoh.nak buat camne dapat jadi pemimpin sebab mengaku alim,tipu orang dapat undi.makanya kes kamu orang orang sabah ni, salah ramai lagi orang PAS...bukannya salah Mahpos sorang...dia tak mintak dilahirkan bodoh...kesian laa dia....
BalasPadamPS- mak aku masuk malaysia sebelum kahwin...anak paling besar sekarang dah umur 41..belum dapat IC sebab ayah dah meninggal...camna yea?serba salah nak teruskan usaha dapatkan IC..sebab kalau dapat kebetulannya sebelum hari mengundi, dan dapat mengundi...masuk paper harakah dan suara keadilan dan selangor times dan roket pulak...hmm takpelah, biar dia 'pergi' tanpa negara ...dari kena sumpah seranah orang orang mahpus...