Sabtu, 17 Mac 2012

Aktiviti Menarik Hujung Minggu! - KARNIVAL 1MALAYSIA DUN TEPOH -

Assalamualaikum...

Selepas balik dari misi 'rahsia' semalam xsmpt pun nak melepak2 area KT utk mencari bahan utk aku muatkan dlm blog aku nih. So, hari ni dengan semangatnya aku bangun pagi (ingat senang ke nak bangun awl pagi time weekend?haha), mandi2 n siap2 g breakfast kt area Kuala Ibai. Lepas tu aku terus pusing2 area KT dengan harapan ada aktiviti menarik yg berlaku. Jalan punya jalan, skali masa aku lalu area Kg. Padang Air, Tepoh aku nampak banyak kenderaan parking dpn Sek. Keb. Padang Air.Owhh, rupenye ada event kat sini.macam menarik jer. So, aku pun pegi cari tempat parking.

Masa nak masuk area perkarangan sekolah tu, nampak banner yang direntang bertulis, " KARNIVAL 1MALAYSIA". Karnival ni anjuran Biro Tatanegara Negeri Terengganu yang diadakan dari 16-17 Mac 2012 dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri serta ada juga penglibatan daripada syarikat swasta.

Banner Karnival 1Malaysia yg dipasang di hadapan SK Padang Air, Tepoh

Antara agensi utama yang terlibat adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, RTM, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, KPDNKK, UKOM, Jabatan Bomba dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART). Bila aku bertanya dengan peniaga makanan yang ada kat situ, mereka bagitau yang semalam Karnival 1Malaysia ni dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB. Dato' Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri.Ok, sekarang jom kita tengok serba sedikit gambar yang aku sempat snap semasa di karnival tersebut.


Gerai-gerai makanan di pintu masuk SK Padang Air.
Kawasan utama Karnival 1Malaysia. Ramai juga penduduk setempat yang hadir.
Ada juga pameran kereta klasik oleh Kelab VW Beetle Terengganu. Memang feveret aku!
Ingatkan kenapa lah ramai yang pergi ke booth JPAM ni. Rupanya staf-staf JPAM ni dok main dengan ular!

Salah satu gerai usahawan Bumiputera Terengganu. Harga barangan yang dijual juga berpatutan.
Yang ni salah satu booth paling menarik di Karnival ni iaitu Perkhidmatan Servis Motor Secara Percuma! Booth ini dijayakan oleh pelajar-pelajar Automotif Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Rugi aku tak datang naik motor.hehe=]
Booth Jabatan Meteorologi Malaysia
Ruang pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ruang pameran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM)
Ni pulak gerai Peserta Bimbingan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Satu bukti kemajuan pembangunan masyarakat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Haha, aku tertarik betul dengan tudung saji yang makcik-makcik ni buat. Tu yang warna hijau kuning, aku dah rembat! =]
Ruang pameran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)
Ruang pameran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Persembahan menarik murid-murid terpilih yang dibawakan oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Murid perempuan ni sekali kita dengar dia menyanyi macam suara Shila Amzah pulak.SERIUS!
Perlawanan persahabatan bola sepak di antara Jabatan Biro Tatanegara dan UMNO Bahagian Kuala Nerus di padang sekolah SK Padang Air.
Ternampak kelibat ADUN Tepoh, YB Ramli Nuh yang turut serta dalam perlawanan bola sepak. Semangat sungguh YB main bola.Cayalah!
Selepas penat bermain bola sepak, YB Ramli Nuh sempat menyampaikan cenderahati kepada murid-murid yang membuat persembahan di ruang pameran RTM tadi.
Booth Jabatan Kesihatan yang tidak putus dikunjungi orang ramai untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan menderma darah.
YB Ramli Nuh memberikan sedikit ucapan sebelum majlis penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah.
YB Ramli Nuh (kedudukan ketiga dari kiri) diiringi En. Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Jabatan BiroTatanegara Negeri Terengganu menyampaikan hadiah basikal fixie kepada pemenang bertuah.
 Ok, korang puas hati tak dengan gambar-gambar yang aku snap ni?hehe..Sebenarnya, aku nak berikan pujian terutamanya kepada agensi-agensi kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri kerana menganjurkan karnival seperti ini. Mereka telah berjaya melaksanakan STRATEGI LAUTAN BIRU atau lebih dikenali sebagai 'The Blue Ocean Strategy' sepertimana YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kita mahu terapkan di dalam perkhidmatan awam. Untuk pengetahuan korang, strategi ni sebenarnya dah digunapakai oleh ATM dan PDRM supaya tiada berlakunya persaingan di antara mereka dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara.

Apa yang aku tengok, berkaitan program Karnival 1Malaysia ni pula, dengan menggunakan strategi lautan biru agensi kerajaan dapat mengurangkan kos perlaksanaan program dimana semua agensi kerajaan baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri bergabung daripada segi penajaan, sumbangan, pameran dan aktiviti yang dijalankan dalam satu program sahaja tetapi di akhir program, semua agensi kerajaan mendapat hasil dan impak yang sama dengan jika mereka membuat program secara berasingan.

Walaupun aku tak hadir pada kedua-dua hari karnival ini diadakan, tapi mengikut maklumat daripada pihak urusetia mereka memaklumkan jumlah kehadiran orang ramai terutamanya penduduk Tepoh amatlah memberangsangkan (sekitar 1000-3000 orang) dan kerjasama daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus dan ADUN Tepoh juga amatlah baik dalam menjayakan program ini. Sebenarnya memang banyak aktiviti yang diadakan bukan hanya tertumpu kepada pameran sahaja seperti Senamrobik 1Malaysia, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak, Sukan Rakyat, Persembahan Wau, Persembahan Dikir Barat Moden, Kenduri Sekampung, Persembahan OKU, Persembahan Tarian Singa dan juga Kayuhan 1Malaysia bersama pemimpin setempat.

Sebelum aku akhiri artikel aku kali ni, aku mengharapkan lebih banyak lagi program-program berbentuk karnival seperti ini dapat dibuat pada masa akan datang baik anjuran agensi kerajaan mahupun NGO atau swasta memandangkan Negeri Terengganu pada aku kurang elemen hiburan bagi keluarga dan sekiranya lebih banyak program ini dapat dibuat, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi Negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.