Jumaat, 16 Mac 2012

PANAS!PANAS! Kisah Sebenar - Isu Pemilikan Tanah SRIDB

Assalamualaikum...

Perghh, lame betul aku x ber'belog2' ni sejak zaman aku stadi kat UPM dulu. Tp, sejak aku blk dr Penang baru2 ni, aku terpanggil untuk berjinak-jinak dengan blog balik dengan semangat berkobar-kobar demi mempertahankan kedaulatan agama dan bangsa! Ok, aku xnak cakap banyak.Jom follow artikel aku seterusnya pasal isu pemilikan tanah Sek. Ren. Islam Darul Bayan (SRIDB), Paka yang masih menjadi bahan bualan hangat penduduk Dungun khususnya dan Terengganu amnya...

Mula-mula, jom kita 'flashback' kronologi tercetusnya isu pemilikan tanah SRIDB ni:

12 Feb 2012 - Sekumpulan pemimpin diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu,Ustaz Saiful Bahri Mamat yang merupakan bekas wakil rakyat DUN Paka dan penyokong Pas termasuk murid, guru, ibu bapa dan Jawatan Pengurusan SRIDB sekitar 800 orang melakukan demonstrasi di perkarangan sekolah dengan menamakannya ‘Demonstrasi Membantah Kezaliman 5 JKKK Rampas Tanah’. Mereka seperti mahu menjadikan isu ‘kezaliman’ ini seperti apa yang dilakukan oleh UMNO Terengganu pada 2004 yang menentang kezaliman PAS apabila menghalau pelajar Tadika Kemas dan mengunci balai raya berkenaan. Lagi kalau dilihat pada gambar ni, aku kesian betul dengan murid-murid SRIDB yang dipaksa menyertai demonstrasi semata-mata untuk mencapai hasrat Ustaz Saiful Bahari menimbulkan kemarahan dan kebencian penduduk terhadap kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Kesian murid-murid ni diperalat pemimpin-pemimpin PAS. Daripada diorang pegang sepanduk-sepanduk fitnah tu, ada baiknya diorang belajar mengaji dalam kelas.

Korang tengok. Murid-murid  perempuan ni pun jadi mangsa keadaan. Disuruhnya mereka berdemonstrasi, berarak sana sini.Inikah yang PAS mahukan daripada generasi-generasi muslimah akan datang?

Mereka kemudian berarak ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, YB. Zakaria@Ariffin Abdullah sejauh 1.5 kilometer bagi menyerahkan memorandum membantah rampasan tanah walhal mengikut sumber aku, mereka ini hanya diberi kebenaran oleh Ketua Polis Daerah Dungun untuk berdemonstrasi di perkarangan sekolah sahaja dan tidak terlibat dengan perarakan.Ini jelas, demi kepentingan politik mereka sanggup mengenepikan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan.

Tanpa mengikut arahan pihak berkuasa, sekali lagi murid-murid ini dijadikan alat pihak tak bertanggungjawab, berarak di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang.Kalau jadi kemalangan yang mengancam nyawa dekat budak-budak ni, Ustaz Saiful Bahri nak tanggung ke?

Kemudian, apabila mereka tiba di perkarangan pusat khidmat masyarakat DUN Paka, mereka dapati pejabat tersebut tutup. Terus Ustaz Saiful Bahri dengan lantangnya mengatakan YB Zakaria melarikan diri dan beliau berkata mendapat maklumat mengatakan YB Zakaria bersembunyi di Residence Resort Paka. Walhal, mengikut sumber aku, sebenarnya YB Zakaria tidak tahu menahu adanya demonstrasi tersebut akan berarak ke pejabat beliau. Kebetulan juga, pada masa itu beliau sebenarnya mahu berjumpa rakan di restoran berdekatan dengan pejabatnya tapi disebabkan restoran itu tutup, beliau pun pergilah ke resort tersebut. Staf-staf beliau pula pada masa tu ada terlibat dengan program sekitar Paka dan kerana itulah pejabat tutup pada hari tersebut, tapi jelasnya korang mesti tak tau kan? Oleh sebab korang tak tau lah, Ustaz Saiful Bahri berani menuduh YB Zakaria lari dan bersembunyi.

Orang ramai (terutamanya penyokong PAS) berdemonstrasi di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka
Ustaz Saiful Bahri dan kroni-kroni beliau dengan memorandum bantahan pemilikan tanah yang mahu diserahkan kepada YB Zakaria.


Antara perkara yang dipertikaikan oleh Ustaz Saiful Bahri dalam demonstrasi:

1) Mendakwa bagaimana tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) milik Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka atas lot PT 15024 tiba-tiba menjadi milik lima orang JKKK Limbong.
2) Menolak dakwaan YB Zakaria, ADUN Paka bahawa pihak pengurusan SRIDB hanya membayar Lesen Menduduki Sementara (TOL)  sebanyak sekali sahaja.
3) Mempersoalkan bagaimana ADUN Paka boleh mendakwa bahawa tanah yang diberikan kepada 5 JKKK tidak termasuk tanah SRIDB, sekiranya tanah yang diluluskan kepada SRIDB hanya tinggal seluas 6882 meter persegi sahaja daripada keluasan asal tanah milik SRIDB 15425 meter persegi.

A) Gambar pelan asal tanah SRIDB yang didakwa Ustaz Saiful Bahri; B) Pelan terkini yang diperolehi daripada Pejabat Tanah Daerah Dungun

14 Feb 2012 - Selepas demonstrasi tersebut, YB Zakaria mengambil inisiatif mengadakan sidang media di Permai Inn Hotel untuk memperjelaskan hal sebenar di sebalik isu pemilikan tanah SRIDB. Antara fakta tersebut adalah:

1) SRIDB yang ditubuhkan pada 2001 atas tanah kerajaan dan berstatus haram. Tanah bangunan sekolah ini pernah diluluskan oleh Kerajaan Pas pada 2003 dalam bentuk permohonan pendudukan sementara (Tol) dan mereka hanya pernah membayar Tol sekali sahaja rkali sahaja kepada kerajaan negeri pada ketika itu.

2) Kerajaan negeri yang mengambil alih pentadbiran pada 2004 dan membahagikan tanah yang tidak melibatkan langsung kawasan SRIDB itu kepada lima penduduk termasuk JKKK yang didakwa oleh pembangkang sebagai merampas tanah SRIDB.

3) Tanah yang dibahagikan itu berada di luar daripada kawasan SRIDB dan merupakan tanah hak milik peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kolam Permai yang diluluskan sejak 1997.

4) Pada 2001 Kerajaan Pas mengeluarkan 34 lot Tol kepada peserta RTB Kolam Permai dan hanya tujuh lot yang dikosongkan (lot yang didakwa pembangkang dirampas JKKK), disebabkan di atas lot ini terdapat pembinaan secara haram termasuk rumah yang dibangunkan penduduk Paka.

5) Penduduk yang tinggal secara haram itu dipindahkan ke penempatan di Kampung Telaga Mas, Paka.

Kemudian, dalam sidang media itu juga, YB Zakaria mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat supaya menarik balik tuduhan mengatakan beliau`melarikan diri’ ketika pihak pembangkang mahu menyerahkan satu memorandum di Pejabat Adun Paka berhubung isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ustaz Saiful Bahri tidak menarik balik tuduhan dalam tempoh 7 hari.

ADUN Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah semasa sidang media bersama kelima-lima JKKK yang didakwa merampas tanah SRIDB

 19 Feb 2012 - Selepas sidang media yang dibuat oleh YB Zakaria bagi menjelaskan keadaan sebenar berkenaan isu pemilikan tanah SRIDB, Ustaz Saiful Bahri membuat serangan seterusnya dengan bersama pihak Jawatankuasa Bertindak Tanah SRIDB telah membawa kes tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno dan JKKK.

Ustaz Saiful Bahri dan AJK Bertindak Tanah SRIDB membuat laporan penyalahgunaan kuasa di pejabat SPRM Negeri Terengganu.
 20 Feb 2012 - Ustaz Saiful Bahri mencabar ADUN Paka yang lebih dikenali panggilan ‘Pok Ya’ agar berdebat secara terbuka dalam isu pemilikan tanah SRIDB di tapak sekolah SRIDB melalui surat yang dihantar ke pejabat ADUN Paka.

Surat cabaran debat yang dihantar oleh Ustaz Saiful Bahri kepada YB Zakaria.
Adakah benar dakwaan Ustaz Saiful Bahari berkenaan isu pemilikan tanah SRIDB?

Pertama, tanah yang dipertikaikan itu adalah tanah DI LUAR PAGAR kawasan sekolah berkenaan;

Kedua, tanah berkenaan bukan milik sekolah berkenaan. Kerana itu Saiful Bahri mengatakan ia TANAH PERANCANGAN;

Ketiga, PAS memperjuangkan tanah itu selepas ia menjadi milik orang persaorangan yang sah diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (maknanya pemilik ini walau siapa jugai bukan merampas seperti yang didakwa);

Keempat, pihak sekolah tidak pernah menyatakan hasratnya memiliki tanah berkenaan kerana tidak mengemukakan sebarang permohonan kepada kerajaan negeri; dan

Kelima, kenapa pihak sekolah memagar tanah berkenaan sedangkan itu bukan miliknya. Apakah hak mereka melakukan sedemikian?

Antara persoalan yang bermain difikiran dan ingin aku ajukan kepada Ustaz Saiful Bahri sendiri dan pemimpin PAS Paka khususnya dan PAS Terengganu amnya:

 1. Pernahkah Kerajaan Negeri menganggu sekolah berkenaan hingga saat ini walaupun sehingga ini masih terdiri di atas tanah ‘haram’? (maksudnya mendirikan bangunan di atas TANAH KERAJAAN SECARA HARAM);

2. Selain tidak pernah memohon tanah untuk sekolah berkenaan yang luasnya kira-kira satu setengah ekar, pemilik dan pengusaha sekolah hakikatnya melanggar Akta 425 Kanun Tanah Negara);

3. Apakah bangunan sekolah, rumah guru dan bangunan lain yang ada di kawasan itu sekarang mempunyai Sijil layak Menduduki atau CF?

4. Siapa akan bertanggungjawab terhadap murid dan guru jika berlaku sesuatu terhadap bangunan berkenaan yang ditak mendapat kelulusan sedemikian?

5. Negeri mempunyai peruntukan undang-undang dan bolehkah kita menyifatkan mana-mana tanah yang kita kehendaki sebagai Tanah ALLAH dan menjadikan milik kita?

6. Berapakah jumlah derma sehingga kini dan bagaimana cara pendermaan dibuat?

7. Benarkah pada khutbah Jumaat sebelum ini pemimpin PAS Paka mengatakan “Seandainya kita pertahankan tanah ini…jika akhirnya kita gugur, mati kita adalah mati Syahid”.

8. Pas DUN Paka turut berkempen dalam isu tanah ini dengan mengajak penjenguk facebook menyokong mereka. Lihat http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Wajarkah cara ini untuk menuduh dan memfitnah kerajaan negeri dan Menteri Besarnya?

9. Siapakah pengetua sekolah berkenaan dan benarkah dia seorang yang pernah menganggotai pertubuhan yang diharamkan kerajaan?

10. Ustaz Saiful Bahari mendakwa katanya,“Kita mempunyai bukti yang tanah (SRIDB) ini terlebih dahulu dimiliki oleh kita secara lessen TOL (Lesen Menduduki Sementara) yang pernah dibayar sebanyak dua kali. Tapi lain pulak kata Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dalam petikan di laman web Tranungkite Online yang berbunyi,“Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi”. Jadi, yang mana satu betul ni?? 2 Kali atau 3 Kali? Lagi, kenapa Ustaz Saiful Bahri tak dedahkan saja bukti dokumen rasmi menyatakan pihak SRIDB telah membayar TOL sebanyak 2 kali?

ADUN Paka, Zakaria@Mohd Ariffin Abdullah wajar mendedah dan menentang pembohongan dan tingkah laku pemimpin PAS ini secara berterusan terutamanya kepada penduduk Paka dengan sokongan bukti-bukti kukuh yang ada.

Malah, kerajaan negeri dan kepimpinan UMNO Dungun wajar melihat isu ini sebagai cara PAS menggugat sokongan rakyat kepada kerajaan negeri dan modal Saiful Bahri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

p/s: Pssttt, dengar dengar sumber aku ada maklumat tentang isu tanah jerat Cina yang berdekatan dengan SRIDB. Katanya tanah tu diluluskan pemilikan kepada kaum Cina oleh Kerajaan Negeri semasa PAS memerintah (1999-2003).Pulak tu, baru baru ni dengar pihak pengurusan jerat Cina di situ nak buat satu kuil (bagi upacara keagamaan) baru.Betul ke??

pp/s: Psstttt, ada satu lagi.dengar dengar sumber aku kata di sebalik tabir pentadbiran pihak pengurusan SRIDB, mereka sebenarnya banyak dapat sumber bantuan kewangan daripada ibu bapa murid-murid sekolah tersebut yang bekerja dengan PETRONAS! Betul ke tak betul ni?? PANAS PANAS!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.