Isnin, 4 Februari 2013

Syed Azman Undur PRU-13




ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi meneruskan tugas sambilannya sebagai pembohong bersiri dengan membuat fitnah yang dikitar semula mengenai Mini Zoo Bukit Takal di Kemaman.
Syed Azman dilihat tidak mahu mengambil peduli soal dosa menabur fitnah, asalkan penyokong totok PAS disajikan pelbagai versi berita dan dakwaan liar secara berterusan sehingga PRU ke-13.

Itulah amalan parti PAS!
Permainan jahat Syed Azman dan pemimpin PAS yang lain dilihat begitu terdesak sehingga usaha kerajaan membina zoo pun dijadikan modal politik untuk meraih undi.
Apa sudah jadi dengan Syed Azman? Sampai bila pemimpin PAS itu mahu keras kepala dengan fitnah-fitnah terhadap Kerajaan Terengganu dan UMNO?
Kenapa Syed Azman dan PAS menjadi terlalu jahat? Adakah kerana mereka takut kalah pada PRU ke-13?
Berbubung pengedaran risalah fitnah mengenai Zoo Bukit Takal itu, Pemuda UMNO Kemaman telah membuat laporan polis.
Tindak balas daripada laporan itu, Syed Azman berkata:
“Kita mempunyai semua dokumen yang cukup dan pendedahan itu berpandukan kepada dokumen rasmi yang ada pada kita, jadi kita boleh buat pendedahan pada bila-bila masa”
TerengganuToday mahu Tanya Syed Azman, siapa kerajaan siapa pembangkang?
Syed Azman tiada kelayakan untuk bercakap mengenai dokumen rasmi! Tetapi beliau boleh melalak mengenai Fitnah Rasmi yang direstui kepimpinan PAS.
Dakwaan PAS yang terkandung dalam risalah “Zoo Bukit Takal”, Majlis Perbandaran Kemaman yang bertanggungjawab dalam membangun dan menguruskan zoo itu menafikan sekeras-kerasnya.
Menurut Yang Dipertuanya, Mustafar Khalid, dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai itu terkandung senarai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli haiwan bagi ditempatkan di zoo berkenaan.
Mustafar berkata, kandungan itu adalah tidak tepat, mengelirukan dan merupakan satu fitnah yang menjejaskan reputasi MPK sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Zoo Bukit Takal.
Tegasnya, pihaknya tidak pernah mengeluarkan belanja RM10 juta untuk membeli beruk dan haiwan lain. Malah tiada RM1 juta dikeluarkan untuk membeli badak sumbu kerana tiada seekor badak sumbu pun di dalam zoo itu.
“Tiada seekor pun zirafah telah dibeli dan ditempatkan di zoo dan tidak ada perbelanjan sebanyak RM1.6 juta untuk membeli haiwan tersebut. Kita juga tidak mengeluarkan perbelanjaan bagi penempatan dua ekor harimau, sebaliknya ia adalah sumbangan dari Perhilitan Malaysia melalui Zoo Melaka.
“Selain itu, tiada seekor pun cheetah telah dibeli dan ditempatkan di zoo dan tiada perbelanjaan sebanyak RM256,700 dikeluarkan untuk membeli haiwan berkenaan.
“Juga tiada walau seekor pun chimpanzee dibeli dan ditempatkan di zoo serta tiada kos sebanyak RM672,000 digunakan untuk tujuan pembelian haiwan itu,” katanya baru-baru ini.
Menurutnya, dalam risalah berkenaan juga turut mendakwa pihaknya mengeluarkan perbelanjaan masing-masing sebanyak RM153,600, RM128,000 dan RM230,400 dikeluarkan untuk membeli babun, beruk, tupai dan flamingo.
“Ini adalah fitnah kerana haiwan-haiwan itu tidak pernah dibelidan ditempatkan di zoo ini.
“Malah dakwaan kita keluarkan RM160,000 untuk membeli burung kakak tua, juga tidak benar kerana sebanyak 22 ekor burung kakak tua yang terdapat di Zoo Bukit Takal sekarang adalah sumbangan daripada Perhilitan dan orang awam.
“Kita juga tidak membelanjakan sebanyak RM384, 000 untuk membeli burung merpati sebaliknya sebanyak empat ekor burung jenisitu yang ada di zoo sekarang adalah sumbangan daripada orang awam.
“Bagi dakwaan mengenai gelongsor air pula, sebenarnya ia bukan rosak dan terbiar tetapi ia dalam proses penambahbaikan bagi memenuhi piawaian keselamatan daripada jabatanteknikal,” katanya.
Oleh itu, beliau mengalukan pihak media atau sesiapa sahaja orang awam untuk meninjau Zoo Bukit Takal bagi membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat MPK jam 4.25 petang di Balai Polis Chukai, 12 September lalu setelah mengamati kandungan fakta dalam risalah itu tidak benar yang mana risalah itu dibawa balik kakitangan kepejabat MPK pada 7 September.
TerengganuToday mencabar Syed Azman dan pemimpin PAS untuk melawat sendiri sama ada ‘natang’ yang dijaja PAS itu wujud atau tidak di Zoo Bukit Takal. Adakah Syed Azman lebih berminat untuk menjadi pembohong bersiri berbanding tugas sebagai wakil rakyat.
Mengenai tuduhan kos pembinaan Zoo Bukit Takal yang dikatakan bernilai RM100 juta, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada April lalu telah menyangkal dakwaan pihak pembangkang, bahawa kerajaan belanja terlalu besar untuk memelihara binatang di zoo itu.
“Perbelanjaan pembinaan untuk zoo yang bermula sejak 1998 adalah RM9 juta dan tambahan RM5 juta dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini (2011/2012) untuk menyiapkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai yang berkunjung ke zoo itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM14 juta,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.