Selasa, 5 Februari 2013

PAS TERENGGANU BERDEMO BANTAH PIMPINAN PARTI MEREKA



Kemarahan penyokong Pas terhadap pimpinan mereka kian merebak berikutan beberapa isu yang menampakkan parti itu dan pemimpinnya tidak bertegas dalam soal Islam dengan pakatan mereka terutamanya DAP.

Semalam (4 Februari) sekumpulan lagi penyokong Pas dari Kuala Terengganu yang diketuai oleh Zamri Yaakob telah berhimpun di Dataran Masjid Terapung Kuala Ibai, kira-kira jam 3.20 petang.
Mereka menentang sama sekali tindakan pimpinan parti mereka yang diperalatkan DAP dan bukan Islam dalam PKR kerana berpendapat menjejaskan masa depan umat Islam dan bangsa Melayu.
Zamri berkata, mereka mahu Pas keluar dari pakatan DAP dan PKR segera bagi menyelamatkan bangsa Melayu dan umat Islam.
Beberapa perkara dikemukakan dalam bantahan tersebut , antaranya:
- Mereka ingin tahu apa pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) dalam Isu kalimah Allah dan minta dibuat kenyataan segera setelah Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh digunakan oleh agama lain.
- Mereka juga mendesak supaya Majlis Syura Ulamak Pas mengeluarkan hukum, apakah boleh mereka berpakat dan membantu DAP dalam pilihan raya nanti kerana ternyata DAP memusuhi Islam secara nyata.
- Sehingga ini Lim Guang Eng, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim masih berdegil dalam isu kalimah Allah, maka kumpulan ini menuntut ketiga-tiga mereka ini segera memohon maaf kepada Pas serta umat Islam
“Kami sangat berharap pemimpin Pas bersatu hati dan singkirkan barua-barua DAP/PKR dalam Pas. Kami yakin barua-barua itu terdapat dalam Pas” tegas Zamri dalam satu kenyataan yang diedarkan.
Antara kata-kata pada spanduk mereka termasuklah “DAP jangan jadi biadap pada Islam”, “Petualang Pas jangan jadi baru DAP” , “Pimpinan Islam dalam PR wajib halau DAP” dan lain-lain lagi.....
ALA BALERRR !!!! doh PAS kali ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.