SPR terbit buku penjelasan isu daftar pemilih
Sumber dari BERNAMA:
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan buku bertajuk 'Daftar Pemilih:
Isu dan Penjelasan' bagi menjawab 10 isu yang sering dibangkit beberapa
pihak mengenai Daftar Pemilih.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebanyak 10,000 salinan buku dwibahasa itu diedar kepada beberapa pihak termasuk jabatan kerajaan, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan media di seluruh negara.
"Melalui buku yang kita terbitkan sebelum ini, kita mendapat pujian kerana setidak-tidaknya orang ramai dapat memahami isu ini.
"Tidak ramai yang faham mengenai isu-isu ini kerana ia diputar belit oleh beberapa pihak," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa SPR, di Putrajaya hari ini.
SPR sebelum ini menerbitkan buku bertajuk 'Fakta Sebenar Di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR' pada April lalu, dengan cetakan sebanyak 5,000 salinan.
Abdul Aziz berkata antara isu yang diberi penerangan kali ini ialah kewujudan lebih tiga juta pemilih bukan pemastautin, 42,000 pemilih awam yang tidak memperbaharui MyKad masih berada dalam Daftar Pemilih serta maklumat yang tidak konsisten antara pemilih dan kad pengenalan.
Selain itu, buku tersebut menjelaskan mengenai alamat pemilih yang tidak lengkap, pemilih mempunyai nama serupa dan kadangkala tarikh lahir yang sama, ramai pemilih yang memegang kad pengenalan angka '71', ramai pemilih berusia 85 tahun ke atas dan terlalu ramai pengundi pos.
Abdul Aziz berkata SPR sentiasa berusaha bagi memberi penerangan mengenai isu-isu berkaitan agensi itu serta menasihati semua pihak agar merujuk kepada SPR terlebih dahulu jika ada isu yang meragukan.
Pada majlis itu Abdul Aziz turut menyerahkan sumbangan kepada 45 anak yatim dari Rumah Penyayang Bistari, Sungai Buaya, Banting dan Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil.- Bernama

P/S: nok tahu lebih boleh bace dalam website SPR.
slamat membace dan slamat berpose=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.