Selasa, 30 April 2013

PENJELASAN SPR BERHUBUNG ISU DAKWAT KEKAL BOLEH HILANG #GE13 #PRU13



Sekarang ni ambe rase mesti ramai di luar sana yang sedang hangat mempersoalkan tentang isu dakwat kekal yang diwar-warkan oleh pembangkang (TIAN CHUAK dan NURUL IZZAH BABY) sebagai satu penipuan kerana mendakwa dakwat kekal tersebut mudah dibersihkan! BETUL KE NI???


GAMBAR NURUL IZZAH MELAKUKAN DEMO BAGAIMANA DAKWAT KEKAL BOLEH HILANG SEMASA HARI PENGUNDIAN AWAL
TWEET NURUL IZZAH BERKENAAN DAKWAT KEKAL BOLEH DIHILANGKAN MENGGUNAKAN DETTOL SAHAJA!
INDIVIDU TENTERA YANG TERLIBAT DENGAN DEMO DAKWAT KEKAL OLEH NURUL IZZAH. APAKAH KAITAN BELIAU DENGAN PKR? MUNGKINKAH BELIAU SKANDAL NURUL IZZAH YANG DENGAN SELAMBER MEMEGANG TANGAN SEORANG BUKAN MUHRIM??
LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH TIAN CHUAK MENDAKWA SPR TIDAK TELUS TENTANG DAKWAT KEKAL YANG DIGUNAKAN DALAM HARI PENGUNDIAN AWAL

Haaa, gambar-gambar di atas ni memang tengah hangat di laman sesawang dan media-media baru seperti FB, Twitter dan blog-blog. Tapi, kita sebagai rakyat Malaysia yang matang janganlah cepat melatah dan percaya buta-buta dakyah pihak pembangkang yang sememangnya sentiasa mahu mencari salah SPR bagi meraih undi dan memastikan Barisan Nasional kalah dalam PRU13 akan datang.

Sekarang, ambe nak bagi sedikit maklumat berkaitan isu dakwat kekal ini yang diperjelaskan sendiri oleh Datuk Wira Hj Wan Ahmad Bin Wan Omar (Timbalan Pengerusi SPR) :


Press Conference Berkaitan Isu Penurunan Bahan Kempen Oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Isu Dakwat Kekal oleh Timbalan Pesuruhjaya SPR, Datuk Wira Hj Wan Ahmad Bin Wan Omar
30 April 2013
1730H
Lobi Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
VIP : Datuk Wira Hj Wan Ahmad Bin Wan Omar (Timb. Pengerusi SPR), Encik Abdul Aziz Bin Khalidin (Ahli SPR) dan Tuan Haji Fakhrul Razi Bin Abdul Wahab (Pengarah SPR Terengganu)

Isu Penurunan Bahan Kempen Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Mengikut kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Bermula dari tempoh kempen hingga tempoh tamat pengundian, pasukan yg diberikan kuasa untuk menurunkan bahan-bahan kempen hanyalah pasukan penguatkuasa kempen pilihanraya dan bukannya pihak berkuasa tempatan seperti kes di Daerah Klang dimana pihak Majlis Perbandaran Klang telah menurunkan poster kempen yang menggunakan wajah DS Najib Razak di kawasan Klang dan SPR mengesyaki berlakunya campurtangan politik dengan niat untuk mensabotaj Parti lain dan akan melakukan siasatan lanjut serta sekiranya disabitkan bersalah, pihak berkuasa tempatan mahupun Parti yang terlibat menggunakan PBT itu akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Isu Dakwat Kekal Yang Boleh Dibersihkan

SPR sendiri pada mulanya terkejut pada hari ini apabila mendapati dakwat yang digunakan boleh dibersihkan/dicuci sedangkan dalam ujian yang mereka jalani terhadap dakwat itu sebelum ini menunjukkan bahawa dakwat itu sememangnya sukar dibersihkan dan kekal tahan untuk tempoh yang lama.Antara faktor-faktor lain yang boleh menjadi penyebab kepada dakwat kekal ini boleh dibersihkan adalah:
1) Petugas di pusat pengundian awal (spesisfik kepada petugas yg mengenakan/mencalit dakwat pada jari pengundi) tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat berkenaan sebelum digunakan bagi memastikan larutan dakwat benar2 sebati.
2) Pengundi terus mengelap dakwat yg dicalit pada jarinya menggunakan tisu/kain lap mengakibatkan dakwat kekal tersebut senang dibersihkan walaupun telah diberi peringatan oleh petugas di pusat pengundian awal.

Namun SPR ingin mengingatkan rakyat jangan ragu-ragu atau khuatir kerana walaupun dakwat itu boleh dibersihkan, ia tidak akan dapat dibersihkn 100% dengan mudah seperti dakwaan Nurul Izzah sebelum ini(tetap ada kesan pada celah-celah kulit jari) dan akan mengambil masa sebelum semua dakwat itu hilang/bersih atas faktor dicuci secara berterusan.Tambahan lagi, pihak SPR memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tiada pengundi yang akan dapat mengundi lebih dari sekali sahaja (ditambah dengan bantuan sistem database daftar pemilih SPR yg berpandukan fakta bahawa seorang rakyat warganegara Malaysia mempunyai hanya 1 ID pengenalan diri).

PC ini juga dibuat bagi menjawab isu yg dibangkitkan/dituduh oleh Pakatan Pembangkang dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengundi awal pada hari ini berpotensi untuk mengundi 2 kali iaitu pada 5 Mei 2013 nanti ditambah pula dengan bantuan dakwat kekal yang boleh dibersihkan.Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (Timbalan Pengerusi SPR) sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya nama pengundi ada dalam senarai daftar pengundi awal, nama pengundi tersebut tidak akan ada dalam senarai daftar pengundi pd 5 Mei 2013 nanti sekaligus menyangkal dakwaan pihak pembangkang yang dilihat cuba untuk mengelirukan dan menghasut rakyat dengan maklumat yang salah. Selain itu juga, langkah lebih ketat turut akan digunakan iaitu di setiap saluran mengundi di mana petugas SPR akan dibekalkan dengan 'magnifying glass' bagi memastikan pengundi bukannya pengundi awal.

JUSTERU, SEKALI LAGI AMBE MAHU INGATKAN KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA SUPAYA BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.SEKIRANYA TIDAK YAKIN, SELALULAH SOLAT ISTIKHARAH.INSYA'ALLAH, ALLAH AKAN BERI PETUNJUK.

SEMOGA ALLAH AKAN MEMBANTU PARTI YANG SEMEMANGNYA MENDAHULUKAN RAKYAT DAN DAPAT MEMELIHARA PERPADUAN DAN KESEJAHTERAAN SEMUA RAKYAT MEALAYSIA DALAM PRU13 AKAN DATANG. INSYA'ALLAH....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.