Selasa, 6 November 2012

IMBAS IMBAS!! STATEMENT 'BIJAK PANDAI' AJK KEBAJIKAN DEWAN ULAMA PAS PUSAT!!!

Saja nak mintak korang nilai sendiri respon seorang manusia bernama Haji Zulkifli Md Yakim tentang statement Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan perlunya mangsa banjir mendaftar borang SPRM bagi mengelakkan penipuan berlaku.

Kenyataan media berkenaan mangsa banjir yang perlu mendaftar dengan SPRM oleh Datuk Seri Mohamed Nazri

Komen Haji Zulkifli akan kenyataan di atas dalam BuletinOnline pada 12 Oktober 2012:

1) Mendakwa berlakunya penipuan dalam mengagihkan dana bencana alam sehingga mangsa banjir kena daftar dan kena 'sign' borang dengan SPRM.
2) Mendakwa kenyataan dari seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan dalam soal integriti dan pencegahan rasuah itu menunjukkan masalah penyelewengan bantuan banjir nampaknya begitu serius.
3) Mengaku menerima laporan kes mangsa-mangsa banjir diberikan bantuan kewangan RM500 seorang, tetapi apabila siasatan oleh pihak beliau di lapangan mangsa-mangsa ini didakwa hanya menerima RM300 sahaja.
4) Mendakwa berlaku penyelewengan dilakukan JKKK dan urusetia dalam pengagihan wang ehsan kepada mangsa banjir.
5) Mengaku pihak beliau tidak melaporkan kes-kes yang disyaki terdapat penipuan wang kepada pihak berkuasa kerana tidak bukti-bukti secara berdokumen sukar diperolehi dan turut mendakwa ada rangkaian konspirasi yang terancang dan berpakat melakukan penipuan tersebut.






 Komen aku:

1) Nama je ada title 'Haji' tapi dok memfitnah orang tak sudah! Agaknya dapat jaminan segala fitnah seranah maki hamun tu dihukumkan JIHAD kot!!
2) Setahu aku, member aku kt JKM bagitau borang SPRM tu sangat berkesan sebab setidak-tidaknya orang yang berniat nak dapat 'duit lebih' ni pikir 2-3 kali sebelum nak menipu. Yelah takkan sebab duit RM500 ko nak meringkuk dalam penjara bertahun2 kan? Tak berbaloi beb!
3) Komen beliau yang mempersoalkan kenapa Menteri ni kena bagi kenyataan kepada media langsung menunjukkan beliau ni suka baca buku 'tak habis'. Terang-terang dalam paper kata Datuk Seri Nazri juga adalah Pengerusi Jawatakuasa Pusat Pengurusan Bencana Negara. Kalau bukan dia sape lagi yang layak bagi kenyataan??Ini budak sekolah pun tau beb!
4) Pasal kenyataan dia yang bagitau dia tak boleh nak report tentang penipuan wang ehsan di lapangan kepada pihak berkuasa, sekali lagi menunjukkan betapa ceteknya ilmu beliau dalam prosedur penyerahan wang ehsan banjir ni.Ak dah tanya member aku kat JKM. dia kata, wang ehsan tu hanya boleh diberikan kepada ketua keluarga.kalau dalam kes2 tertentu, wakil paling rapat saja yang boleh terima duit tu.Lagi, sebelum dia dapat wang ehsan ni die kena daftar, tandatangan dan cop jari lagi. Kalau wakil pulak kena bawa IC original penerima asal wang ehsan. Tambahan lagi, JKKK atau bukan saudara mara tidak dibenarkan sama sekali menjadi wakil penerima bantuan! Jadi, konklusinya kat sini kalau ada kes dapat duit tak cukup dan sebagainya bukan salah JKKK atau Agensi-agensi kerajaan, tapi salah sedare mare yang tamak haloba!!

Ni la muka orang yang kurang cerdik n cakap main sedap mulut je demi nak naikkan nama parti yang diwakilinya.

Jadi, korang di luar sana nilailah sendiri manusia bernama Haji Zulkifli Md Yakim aka AJK KEBAJIKAN DEWAN ULAMA PAS PUSAT! Layak ke beliau memegang jawatan tersebut? Jangan ingat takde orang yang nak ulas pasal ni. Kesian kawan aku kat JKM tu, pasal kenyataan serkap jarang+berbaur fitnah macam nila rosak imej n kerja mulia diorang yang sanggup bersusah payah demi kebajikan rakyat. Akhir sekali nasihat aku, rujukla dulu dengan mereka-mereka yang sering terlibat dengan pengurusan bantuan wang ehsan ni sebelum keluarkan apa-apa kenyataan atau dakwaan. Kalau degil jugak, buangla title 'Haji' tu sebelum buat statement. buat malu orang Islam je!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: The Flying Turtle tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog saya. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemberi komen sendiri.