Salam,
Malam tadi lebih kurang dalam pukul 8 malam, aku kebetulan jumpa kawan lama di sebuah kedai makan kawasan sekitar Pantai Teluk Lipat, Dungun. Aku kalau turun ke Dungun memang selalu lepak makan dekat kedai tu sebab ikan bakar dia memang mantap.Jadi, aku pun belanja la kawan aku tu makan sekali sambil borak-borak. Masa tu kebetulan pulak tokey kedai tengah tayang berita TV3. Lepas tu, terkejut aku bila TV3 siarkan berita tentang insiden kebocoran gas di kawasan sekitar loji penapisan gas Petronas di Kerteh, Paka yang berlaku malam semalam tapi pihak Petronas menafikan yang loji diorang terlibat dengan insiden tu.
Aku pun terus 'google' maklumat dengan smartphone aku.Sambil-sambil tu aku tanya dengan kawan aku sama ada dia tahu tentang kes kat berita tu memandangkan kawan aku ni duduk dekat Kg. Labohan, Kerteh dan ada kawan dia yang kerja dekat loji-loji Petronas tu. Kawan aku pun cerita la yang dia tahu sebenarnya tentang kes tu.Apa yang dia cerita lebih kurang dengan maklumat yang aku dapat dari Bernama dan Sinar Harian.
Tengah borak-borak tu, tiba-tiba kawan aku tunjuk kat aku FB seseorang dalam smartphone dia. Aku tanya FB sapa tu?Kawan aku jawab,"Ni FB Saiful Bahri, Timb Pesuruhjaya 1 PAS Trg tu". Aku memang kenal memandangkan aku banyak kritik dia sebab memfitnah tentang isu SRIDB baru-baru ni.Aku pun tanya dia kenapa tunjuk dekat aku FB Saiful Bahri tu. Lepas tu kawan aku balas,"Cuba ko baca betul betul apa yang Saiful Bahri post dalam wall FB dia". Aku pun belek punya belek, baru aku perasan. Dia ada komen tentang kes kebocoran gas kat Paka tu, tapi bila aku baca spontan ayat ni keluar dari mulut aku," Bangang jugak si Saiful Bahri ni.Cakap ikut sedap mulut je.Macam ni nak jadi wakil rakyat DUN Paka??" Ni aku tunjuk kat korang apa yang Saiful Bahri ni komen dlm FB beliau pada 6 April 2012 tentang insiden kebocoran gas tu:
 |
| Statement bangang ikut sedap tekak calon PAS untuk bertanding di Paka dalam PRU13 nanti.. |